fire_photo

fire_photo

Wednesday, January 26, 2011

FENOMENA ANEH KATAK MAKAN ULAR


Seekor katak sedang memakan seekor ular berlaku  di China. Fenomena alam luar biasa yang dapat ditangkap oleh kamera. Kerana, yang umum terjadi adalah ular memakan katak dan bukan sebaliknya.

Foto katak gunung yang sedang memakan ular berbisa Jerdon, berjaya diabadikan oleh seorang pelancong yang berkunjung ke Qingcheng Mountain Park di Sichuan, China tengah.
Ran Longzhong, yang berasal dari Chongqing, mendedahkan kepada IC Media bahawa ia seolah olah tidak dapat mempercayai apa yang di lihatnya dan ia gembira dapat mengabadikan fenomena alam tersebut dalam bentuk foto.
“Ketika itu saya sedang berjalan-jalan di gunung, tiba-tiba  saya terlihat seekor katak sedang memakan ular dan ular itu ternyata masih hidup dan meronta-ronta,” tukasnya.
“Dalam masa lima minit sahaja, katak itu dapat memakan habis ular tersebut. Sukar untuk  dipercayai seekor ular pemangsa dapat dikalahkan oleh mangsanya.”
Kehairanan yang sama pun dilontarkan oleh pakar haiwan. Mereka mengakui bahawa fenomena alam katak memakan ular itu tak pernah terdengar sebelumnya.

No comments:

Post a Comment